Jangan Katakan Sayang Sebelum Awak Menerima Seadanya

Siri Calon Idaman Hati: Tip #1 – Menerima Seadanya

Menerima seadanya. Satu topik yang saya percaya agak “cliché”.

Walaupun begitu, saya rasa prinsip asas ini sangat penting. Penting dalam setiap perhubungan, sayangnya selalu tidak didendangkan. Ceewahhh!

menerima seadanya

Ayatnya cukup ringkas – menerima seadanya. Namun bagi saya, maknanya cukup mendalam. Menusuk kalbu beb..

Soalnya, ada apa dengan prinsip ini?

Definisi

Jawapannya adalah bergantung kepada individu – setiap orang punya makna yang berbeza. Pada saya, terima seadanya itu bermaksud meraikan ciri-ciri atau kelebihan yang kita suka pada calon kita & melengkapi kekurangannya.

“… meraikan ciri-ciri atau kelebihan yang kita suka pada calon kita & melengkapi kekurangannya”

Saya bukan buat-buat cerita. Sebaliknya apa saya kongsikan ini berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri.

Awalnya, saya gagal fahami formula asas ini.

Sebenarnya episod kegagalan itulah yang ubah saya. Menyedarkan saya untuk suatu hari menerima calon saya seadanya. Kenapa?

Jika kita harapkan calon itu penuhi semua “checklist” ciri-ciri idaman kita, soalnya adakah kita cukup sempurna tanpa sedikitpun kekurangan? Jika tidak, come on guys! Terima dia seadanya macam dia terima kita.

Bilakah patut kita cerita pasal menerima seadanya?

Masa Yang Sesuai

Soalan yang bagus. Secara peribadi, eloklah masa kita kenal dengan calon itu & sebelum apa-apa tindakan serius (kah-kah) diambil – jumpa orang tua, merisik, tunang apalagi kahwin.

Sifirnya mudah. Tak usah fikirkan soal kahwin & hidup serumah seumur hidup, jika baru kenal pun tak mampu menerima seadanya.

Oh ya, jangan silap.

Menerima seadanya tak sama dengan sifat segelintir orang yang terlalu memilih atau terpaksa menerima ya.

Biasanya menerima seadanya ini hadir selepas seseorang ambil keputusan menerima calon untuk dijadikan bakal suami atau isteri. Terlalu memilih itu pula sebenarnya belum buat apa-apa keputusan!

Hapuskan Rasa Gugup Awak Bercakap Di Depan Audien,

Kali Ini & Selamanya!

Dan perlu ingat, berbeza dengan “terpaksa menerima”, menerima seadanya adalah dengan hati yang tulus, ikhlas. Jiwang saya hari ini…perghhh..

Lumrah hidup manusia, tak sempurna.

Teringat saya pesanan seorang penceramah dekat Surau SWADD, Bank Islam, KL. Beliau kata kira-kira begini “Kalau kita kata orang tu cantik sangat, kulit putih melepak tanpa cela. Cuba cari kanta pembesar, tengok muka dia, ada tak nampak jerawat ke, jeragat ke…mesti ada punya. Itu tak cakap lagi, dia pun ada taik mata, taik telinga. Tengok dia bangun tidur, mesti serabai kan..”

Ha-ha!

Bagi saya, skop menerima seadanya itu luas. Tidak terhad kepada hanya kekurangan fizikal dia sahaja.

Sebaliknya termasuklah soal kerjanya, rakan-rakannya, latar belakang pelajaran & keluarganya, pilihan makanan atau minumannya, cara dia jalan, banyak lagi…senarai yang panjang..

Konklusi

Kesimpulannya begini,

Sebelum terima seseorang, tanya cukup-cukup diri awak. Buat istikharah jika perlu. Mampukah awak terima dia seadanya?

Apa yang awak dah nampak di mata & apa yang awak belum nampak. Apa yang awak dah tahu atau belum tahu.

Jika awak mampu menerima dia seadanya, barulah ke peringkat seterusnya.

Jika tidak, jangan seksa jiwa dia. Mungkin dia untuk orang lain. Jujurlah, biar dia mencari yang lain & begitu juga awak.

Percayalah, hidup ini akan jadi lebih indah andai awak menerima calon itu seadanya!

Menulis Dari Hati,

Farhan Terubos

“BY BEGINNER, FOR BEGINNERS”

Dapatkan Info, Tips, Diskaun & Promosi Hanya Di FB Page Saya

18567
18568
18569
18562
18564

Ini Pun Menarik

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback

[…] perasaan cinta atau sayang itu terbitnya di hati. Ia perlu dimanifestasikan atau diungkapkan dengan kata-kata. Lawan kepada […]

Scroll to Top