Daftar Perniagaan Secara Online – Senang…Tak Tipu!

Daftar perniagaan secara online? Baik. Saya nak cerita ni, meh sini baca (nak cakap meh sini dengar tadi tapi sebab blog kan – awak kena baca). Ya, betul. Mungkin ramai yang belum tahu. Saya pernah dengar sebelum ini tapi biasalah awak, sibuk kononnya. Tidak lah saya mencari maklumat lanjut pasal perkara itu.

daftar perniagaan
Awak Bayangkan Budak Lelaki Tu Adalah Saya….Gembira Punya Pasal

Tapi semalam segalanya terbongkar! Hah! Ya, terbongkar setelah saya sendiri cuba daftar perniagaan secara online (suspen bukan?) Semalam, saya ke Pakcik Google dan taip “daftar perniagaan online”. Habis membelek beberapa hasil carian, sepantas kilat saya dibawa menuju ke laman web ini –> https://ezbiz.ssm.com.my/

daftar perniagaan
Muka Hadapan EzBiz Online. Sumber: EzBiz Online

Rupanya bukan setakat daftar perniagaan baru, sistem online itu juga boleh memperbaharui perniagaan sedia ada, kemaskini maklumat perniagaan, bayar kompaun, menamatkan perniagaan, segalanya 24/7 ONLINE!

Iyelah, kita ini bukan tak mahu ke kaunter SSM tu, tapi bila dah kerja, sedikit sukar pula. Jadi bila adanya kemudahan ini, wah bagai pucuk dicita ulam mendatang beb! Mudah sangat. Baik, saya sambung membebel. Disebabkan saya belum pernah buka akaun online tersebut, maka saya buat lah satu.

Dapatkan Info, Tips, Diskaun & Promosi Hanya Di FB Page Saya

18567
18568
18569
18562
18564

Saya Ikut Langkah Di Bawah Untuk Buka Akaun:

1) Saya klik butang Sign Up (daftar) warna hijau tu (rujuk gambar di atas).

2) Satu page baru dibuka. Jadi saya boleh masukkan maklumat berikut:

  • Kad Pengenalan
  • No Kad Pengenalan
  • Login ID (contoh nama Hang Tuah, Login ID boleh letak “hangtuah”)
  • Kata Laluan
  • Emel
  • Warna Kad Pengenalan (biasanya Biru lah untuk warganegara Malaysia)
  • Warganegara¬†
  • Jantina
  • Tarikh Lahir
  • Bangsa
  • Alamat Tempat Tinggal

3) Kemudian baca terma & syarat dan saya “tick” pengakuan menandakan faham dan akhir sekali Save.

Siap untuk fasa pertama, yes! Fasa pertama lah sebab lepas tu saya kena ke kaunter SSM terdekat untuk aktifkan. Bila dah hantarkan semua maklumat tu, saya menerima emel pengesahan pendaftaran. Bawah ini, saya tunjukkan emel yang saya terima.

daftar perniagaan
Notifikasi Emel Yang Saya Terima

Maka semalam petang, saya sudah mula berkira-kira untuk ke SSM. Salinan IC dan salinan emel ini cepat sahaja saya siapkan. Segalanya sudah sedia! Semangat weh!!! Saya tanya kawan sebelah, kalau nak ke UTC Pudu, turun stesen mana. Dia geleng kepala tanda tak tahu. Tak mengapa, seperti biasa – Pakcik Google sedia menghulurkan bantuan.

Cari punya cari dalam peta stesen MyRapid itu, saya dapat dah jawapan. Ya, tak lain tak bukan Stesen Pudu (Aliran Ampang). Saya yakin. Tepat jam 6.00 petang saya bergegas ke Stesen Kerinchi untuk ke Stesen Pudu. Dan akhirnya, tak sampai setengah jam, saya tiba di destinasi. Dalam keasyikan berjalan keluar stesen, saya terus buka Google Maps mencari lokasi tepat UTC Pudu.

Ya, memang dapat, malangnya jelas di situ 23 minit untuk sampai ke sana jika berjalan kaki. Aduh, saya terkena. Tepuk dahi sekejap. Relax bro, bro relax. Hmmm. Chill-lah, ujian menuju kejayaan itu namanya. Dengan kudrat yang ada, saya berjalan. Alhamdulillah, selepas hampir 30 minit menapak, UTC Pudu di hadapan saya. Biarpun baju lencun dek peluh, ia sangat berbaloi (nak sedapkan hati).

Baiklah, tak nak drama sangat. Saya pendekkan cerita, dengan dokumen semua lengkap, saya berjaya aktifkan akaun itu dan keluar SSM seawal jam 8.10 malam. Bila dah aktif, saya cek semula emel dan ini yang saya dapat.

daftar perniagaan
Notifikasi Selepas Akaun Saya Aktif

Dan gambar di bawah ini pula adalah senarai perkhidmatan yang ditawarkan apabila akaun saya sudah aktif. Saya cuma perlu masuk ke sistem itu semula dan dari situ, boleh lihat semua ini (hanya setelah akaun aktif ya). Semoga berjaya kawan-kawan!

daftar perniagaan
Pasti Awak Terkesima Bukan? Sumber: EzBiz Online

p/s: Saya balik naik tren dari Stesen Plaza Rakyat – letaknya sebelah UTC Pudu sahaja (belajar dari kesilapan, sah lepas ni lebih bijak).

Menulis Dari Hati,

Farhan Terubos

“BY BEGINNER, FOR BEGINNERS”

Ini Pun Menarik

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top