Halaman Bantuan

Senarai Soalan/Komen Yang Biasa Saya Dengar

Orang biasa seperti awak yang ingin gembira. Bagi saya kegembiraan itu adalah membina hubungan yang berkualiti dengan semua orang, berusaha untuk maju setiap hari & memberi nilai dan manfaat kepada orang lain. 

100 % dibina serta di selenggara sendiri oleh saya menggunakan WordPress, CMS No. 1 dunia dengan penuh teliti, dedikasi & penuh kasih sayang. Design, gaya bahasa, isi kandungan bahkan tagline itu sendiri datang dari hati ini. 

Laman web ini adalah platform saya untuk berkongsi apa yang saya sendiri telah lakukan & uji untuk dimanfaatkan oleh orang lain. Skop itu merangkumi Bisnes, Skil & Wang. Jika saya berjaya, tips untuk awak pula buat. Jika saya gagal, pengajaran supaya awak tak buat. 

Boleh saja. Untuk bisnes fokus saya lebih kepada Bisnes Digital yang berasaskan Internet –  topik seperti Email Marketing, bina laman web (DIY), Open Rate, Conversion Rate dsb. Skil pula saya utamakan Skil Interpersonal – topik berkomunikasi, buat pembentangan, memulakan perkenalan dsb. Wang pula saya tumpukan kepada pengurusan Wang Peribadi – Cashflow, Asset, Liabiliti, Net Worth dsb.

Awak tidak salah. Tagline saya – By Beginner For BeginnersBeginner di sini bukan merujuk kepada maksud tersurat semata-mata – seorang yang baru bermula. Beginner juga adalah seorang yang tahu dirinya jahil, perlu terus belajar, mencari guru, mentor, buku & ilmu (maksud tersirat). Adakah awak Beginner itu?

Scroll to Top