Bagaimana myASNB Buat Awak Nikmati 3 Manfaat Ini..

MyASNB. Saya faham ASNB atau biasanya kita sebut ASB itu selalu kita dengar. Tapi myASNB? Mungkin ada yang sudah dengar, ada juga yang baru hari ini dengar.

myasnb
Sumber: https://www.myasnb.com.my/

myASNB adalah satu sistem atas talian (online) yang disediakan kepada semua ahli Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berusia 18 dan ke atas. Tidak lain untuk memudahkan proses penambah pelaburan & mengemaskini akaun.

Secara peribadi sistem ini mudah dan sentiasa ditambah baik.

Baik. Hari ini saya cuma hendak bercakap tentang mASNB.

Kenapa Awak Perlu Buka?

Percuma – Tiada Caj Dikenakan

Setakat entri ini ditulis pihak ASNB menyatakan dalam Soalan Lazim portal MyASNB bahawa tiada caj dikenakan untuk menggunakan platform ini. Sekadar yuran produk biasa seperti caj jualan dan GST (jika ada).

Mudah & Selamat

Mudah kerana sistem ini online dan selamat kerana mempunyai ciri-ciri keselamatan yang biasanya kita guna pakai ketika buat transaksi online banking seperti Transaction Authorization Code (TAC).

Akses Maklumat 24/7

Segala maklumat yang disediakan dalam myASNB boleh diakses 24 jam sehari 7 hari seminggu. Transaksi kewangan sahaja yang terhad.

  • Dana harga tetap: Ahad hingga Jumaat (7.00 pagi hingga 6.30 petang)
  • Dana harga berubah: Ahad hingga Jumaat (7.00 pagi hingga 4.00 petang)

Dapatkan Info, Tips, Diskaun & Promosi Hanya Di FB Page Saya

18567
18568
18569
18562
18564

Rumit Hendak Buka myASNB?

Saya pun fikir seperti itu dulu. Tapi ternyata sangkaan itu meleset.

Mudah sahaja. Untuk sesiapa yang telah pun ada mana-mana akaun ASNB yang aktif, paling penting awak perlu kemaskini nombor telefon bimbit.

Pergi ke mana-mana cawangan ASNB atau boleh juga ke ejen ASNB.

Ejen ASNB termasuklah bank-bank yang terlibat seperti CIMB dan Maybank atau boleh juga ke Pejabat Pos berdekatan.

Nombor telefon itu nanti akan digunakan untuk menghantar TAC. Semuanya untuk memastikan keselamatan terjamin untuk setiap transaksi.

Langkah Untuk Mendaftar

Rugi juga rasanya saya tidak simpan snapshot proses saya daftar sebelum ini. Tapi tak mengapa, jangan risau.

Saya akan senaraikan sahaja secara bertulis di bawah:

  1. Layari https://www.myasnb.com.my/
  2. Klik butang “Daftar di sini”.
  3. Habis langkah #2, awak akan dipaparkan dengan beberapa arahan. Baca dan kemudian klik “Teruskan”.
  4. Baca Terma & Syarat diberikan. Habis baca, tandakan sudah baca & setuju. Kemudian tekan butang “Setuju”.
  5. Pilih Jenis Kad Pengenalan, Nombor Kad Pengenalan & satu Produk ASNB yang dilanggan. Kemudian klik “Seterusnya”.
  6. Buat Permintaan TAC. 6 digit TAC kemudian akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang awak sudah kemaskini sebelum ini. Selepas itu, klik butang “Seterusnya”.
  7. Masukkan ID Pengguna (biasanya kita panggil username dalam IG atau Twitter), Alamat Emel, Frasa Keselamatan (contohnya Malaysiakutercinta9 –  pilih yang awak mudah ingat sebab fungsinya adalah keselamatan; ID Pengguna & Frasa Keselamatan kita mestilah berpasangan jika salah satunya berbeza semasa log masuk, jangan log masuk) & Soalan Keselamatan (3 soalan). Habis isi semua, awak klik “TAMAT”.
  8. Habis langkah #7 di atas, awak akan diberikan password sementara di skrin. Gunakan password sementara itu untuk masuk. Atas sebelah kanan, tekan “LOG MASUK”.
  9. Pastikan frasa keselamatan betul sebelum masukkan password sementara tadi.
  10. Baik, apabila awak berjaya masuk ke akaun, pastikan ubah password sementara ke password yang baru. Itu sahaja.

Mudah bukan?

Di bawah ini saya paparkan beberapa screenshot myASNB saya.

myasnb
Memaparkan Produk ASNB Saya
myasnb
Memaparkan Transaksi Yang Pernah Saya Buat
myasnb
Saya Pun Boleh Muat Turun Penyata

Hai, lepas ini lebih mudah lah awak nak kemaskini data Net Worth Spreadsheet itu.

[KEMASKINI 3/4/2018]

Tambah Pelaburan Dengan RM0 Caj Dekat Maybank2U

1- Login masuk ke akaun melalui https://www.myasnb.com.my.

2- Klik “Additional Investment”.

myasnb

3- Peringkat pertama, “Declaration”.

myasnb

4- Baca declaration, klik pada radio button menandakan dah baca dan tekan butang “Next”.

myasnb

5- Peringkat kedua, “Additional Investment”. Masukkan amaun dan klik butang “Next”.

myasnb

6- Masukkan karekter Captcha dan klik butang “Next”.

myasnb

7- Nampak dekat sini, caj dia RM0 tau!

myasnb

8- Pilih “Internet Banking FPX” dan klik “Proceed to Pay”.

myasnb

9- Pastikan semua maklumat ni betul dan klik “maybank2u.com”.

myasnb

10- Masukkan emel dan klik “Agree and Continue”.

11- Masukkan “username” dan klik “Next”.

myasnb

12- Pastikan gambar dan frasa betul. Kemudian barulah masukkan “password”.

myasnb

13- Klik “Continue” untuk meneruskan. 

myasnb

14- Klik “Request for TAC” untuk dapatkan TAC dekat telefon awak. Kemudian klik “Confirm”.

myasnb

15- Jika berjaya, status mestilah “Successful”. Awak klik “Continue with Transaction” untuk meneruskan.

myasnb

16- Boleh cetak resit di sini kalau tekan “Print”. Lepas tu, klik “Click Here to Complete Your Transaction” untuk teruskan. 

myasnb

17- Resit yang MyASNB keluarkan nampak macam ini lah. 

myasnb

Selamat mencuba!

Menulis Dari Hati,

Farhan Terubos

“BY BEGINNER, FOR BEGINNERS”

Ini Pun Menarik

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top