Kajian Selama 75 Tahun Ini Bakal Buat Awak Gembira Semula…

Gembira atau kegembiraan. Semua orang mahukan perasaan ini. Baru-baru ini saya dan rakan satu kumpulan memilih topik ini dalam pembentangan kami.

Saya dan rakan-rakan yang lain sebenarnya kembali semula ke sekolah untuk belajar Bahasa Inggeris. Di kendalikan oleh sebuah agensi yang berpangkalan di Britain.

Menuju penghujung kelas, kami dikehendaki untuk buat pembentangan kemudian dinilai serta diberi markah.

Maka, inilah hasilnya. Itulah yang awak tengok dalam video YouTube saya kongsikan di atas.

> Hey, dapatkan Ebook Rahsia GEMBIRA (PERCUMA) di bawah entri ini. Saya huraikan idea 2 speaker yang tidak sempat saya nyatakan di sini dan ada BONUS! <<

Di bawah ini saya sertakan transkrip pembentangan bahagian saya.

(Nota: Transkrip asli pembentangan ada di bawah ini. Segala coretan ini merupakan hasil kajian sumber. Penulis cuma menjadikan rujukan)

Bahasa Malaysia:

(Slaid No. 1)

gembira

Sekarang, jom cerita pasal kucing. Berapa ramai awak dekat sini sukakan kucing? Cuba angkat tangan. Saya cuma nak buat survey sikit.

Wah, ramai! Jadi, majoriti kita dalam bilik ini sukakan kucing. Begitu juga saya, namun malangnya ini bukan topik kita.

(Slaid No. 2)

gembira

3 hari lepas, saya ke Google and cari satu kata kunci ini – happiness dan ini yang saya dapat. 582 milion keputusan carian. Baiklah, katakanlah nombor ini mewakili bilangan orang.

Apabila kita bandingkan dengan populasi Dunia 2017 ketika ini yang kira-kira 7.6 bilion, ini bermakna untuk setiap 13 orang, 1 orang daripada mereka mencari kegembiraan.

Mereka mahu gembira. Kita semua nak gembira.

Soalan yang betul bukanlah kenapa kita patut gembira. Sebaliknya soalan yang sebenar adalah apakah yang membawa kepada kegembiraan atau apakah perkara yang akan buatkan kita sangat gembira?

.. apakah yang membawa kepada kegembiraan?

(Slaid No. 3)

gembira

Untuk mengkaji tentang itu, saya ke YouTube, teman baik saya.

Saya terjumpa 3 orang speaker ini. Baiklah, apa yang awak lihat pada slaid itu adalah intipati pembentangan mereka. Disebabkan kita mempunyai masa yang singkat, maka saya cuma akan terangkan lebih lanjut mengenai kajian speaker pertama, Robert Waldinger.

Robert Waldinger adalah seorang phychiatrist dan seorang profesor di Harvard Medical School. Beliau juga adalah direktor ke-4 untuk kajian Harvard ini.

Ini bermakna, kajian ini sebenarnya telah berusia 75 tahun ketika mana pembentangan ini dibuat!

Awalnya, ada 726 orang lelaki daripada 2 buah kumpulan berbeza. Kumpulan pertama adalah remaja yang telah bergraduat daripada Harvard dan akhirnya menyertai tentera US dalam Perang Dunia Ke-2. Kumpulan ke-2 pula adalah remaja yang datang dari salah sebuah masyarakat termiskin yang terletak di Boston.

Dapatkan Info, Tips, Diskaun & Promosi Hanya Di FB Page Saya

18567
18568
18569
18562
18564

Pendapat awal kajian percaya bahawa orang-orang yang bergraduat daripada universiti atau kolej terkemuka adalah yang paling gembira dan sihat.

Namun, sangkaan itu meleset sama sekali.

Selepas kesemua responden ini diberikan borang soal selidik, mereka ditemuramah dan ibu bapa mereka juga ditemuramah. Status kesihatan mereka di periksa dan rekod kesihatan mereka disimpan. Otak mereka di imbas.

Mereka di rakam tentang apakah perkara yang paling mereka risaukan dalam hidup. Selepas semua proses ini berlaku setiap 2 tahun sepanjang kajian, sebenarnya hubungan yang baik dan berkualiti, itulah yang membuatkan orang gembira dan sihat.

(Slaid No. 4)

gembira

Sekarang, rumusannya adalah kegembiraan itu berpunca daripada 3 elemen ini. Ia adalah hubungan yang baik, berkualiti dan mesra.

Kita ada kemajuan dalam hidup atau kita melihat penambahbaikan. Yang ke-3 adalah pemberian – kita memberikan sesuatu kepada orang yang memerlukan, kita akan rasa gembira.

***

Bahasa Inggeris (Transkrip sebenar):

(Slide No. 1)

Now, let’s talk about cats. How many of you here love cats? Please put up your hands. I just want to make a quick survey here.

A lot! So, majority of the people in this room love cats. So do I, but unfortunately this is not our topic.

(Slide No. 2)

3 days ago I went to Google and I searched for this one keyword – happiness and this is what I got. 582 million search results. Well, let’s say this number represent people.

When we compare with our current 2017 World population of roughly 7.6 billion, it means for every 13 people, 1 or them is searching for happiness.

They want to happy. We all want to be happy.

The right question is not why we need to be happy. But the real question to be asked is what brings happiness or what are the things that will make us so happy.

(Slide No. 3)

To study that, I headed over to YouTube, my best friend.

I stumbled upon these 3 speakers. Well, what you see in the slide is the essence of what they said during their presentations. Since we have a very limited time, then I will only emphasize more on the first speaker, Robert Waldinger.

Robert Waldinger is a psychiatrist and a professor in Harvard Medical School. He is also the fourth director of this Harvard research.

Having said that, this research is actually a 75 years old research when the presentation was made.

At the beginning, there were 726 men from two different groups. The first group were teenagers who graduated from Harvard and later joined US army in World War 2. The second group were teenagers coming from one of the most poverty stricken communities somewhere in Boston.

The research early assumption is that, people whom graduated from the most prestigious universities or colleges are the most happiest and healthiest.

But it turned out differently.

After all these respondents were given questionnaires, they were interviewed & their parents were interviewed too. Their health status were checked and medical record were kept. Their brain were scanned.

They were videotaped about their most deepest concern in life. After all these processes happens every two years throughout the research, it is actually good and quality relationship, that will make people happy and healthy.

(Slide No. 4)

Now, in conclusion happiness is stemmed from these 3 elements. It is the good, quality and warm relationship.

We make progress in life or we see improvements. Third is giving – we make contribution to people in need, we are going to feel happy.

***

Menulis Dari Hati,

Farhan Terubos

“BY BEGINNER, FOR BEGINNERS”

Ini Pun Menarik

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Scroll to Top